



















Bismillahirrahmanirahim.. Selamat Tahun 2012. Tahun baru. Semua orang dah lama dengan entry tahun baru dan saya baru nak mulakan entry untuk tahun baru. Semakin sibuk dan Alhamdulillah tahun baru dengan kelahiran anak baru, Umar b. Syafirol Hafiz. Sibuk juga dengan kelahiran anak baru juga, Sekepingkad iaitu studio rekaan & jualan kad jemputan dan kad ucapan. 98% rekaan kad adalah dari saya sendiri dan selebihnya dari pereka jemputan. Alhamdulillah sambutan dan penerimaan amat menggalakkan walaupun belum dilancarkan sepenuhnya.
InsyaAllah saya tidak tinggalkan fotografi. Saya masih menerima tempahan dari bakal2 pengantin yang meminati hasil kerja saya. Terima kasih. Sekarang ni banyak juga pertanyaan untuk slot Potret Keluarga. Seronok tangkap gambar keluarga dengan anak2 yang kiut miut ni. Alhamdulillah saya semakin memahami kerenah dan bagaimana mengatasi kerenah anak2 dan ibu bapa dalam bergambar keluarga. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik.
Azam tahun baru. Azam saya tahun ini adalah untuk tidak terlibat dengan RIBA dan memberi pelajaran dan kebahagian yang lebih kepada keluarga tersayang dan saya nak lebih membahagiakan mak dan abah lebih dari dahulu. Amin.
Untuk fotografi. Saya akan hasilkan gambar2 baru yang lebih umph dan bercerita insyaAllah. Akan lebih banyak gambar2 perjalanan hidup dan potret.
Pakej baru untuk tahun baru. Harga baru ? Saya cuba kekalkan harga lama. Saya mempunyai alasan sendiri untuk harga lama. Jika anda datang dan letak harga lebih tinggi untuk hasil kerja saya, saya terima.
Terima kasih kepada yang telah dan akan berbuat demikian. Saya amat menghargainya.
Saya doakan agar semua pembaca entry ini berbahagia dan dilindungi Allah. Amin.
** Gambar2 di atas adalah tugasan terakhir untuk kerja kahwin 2011. Semoga mereka menjadi pasangan yang diRedhai Allah. Amin.
________
Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
syafirol@piiown.com
Jurugambar
Tags: 2012, jurufoto, Jurufoto kahwin, jurufoto majlis kahwin, jurugambar kahwin, jurugambar nikah, malay wedding photographer, malaysia wedding photographer, pakej 2012, wedding package 2012, wedding photographer, wedding photography package
Posted in Artikel, Perkahwinan |
No Comments »

My little Khalifah : Umar bin Syafirol Hafiz
The Prophet used to seek Allah’s protection for Al-Hasan and Al-Husain by saying:
‘U’eethukumaa bikalimaatil-laahit-taammati min kulli shaytaanin wa haammatin, wa min kulli ‘aynin laammatin.
Trans.: I seek protection for you in the Perfect Words of Allah from every devil and every beast , and from every envious blameworthy eye.
Reference: Al-Bukhari4/119.
Thank you Allah. Alhamdulillah. Thank you my dear Suryani Maaraf. I always love u.
_________
Syafirol Hafiz Arsad
Tags: baby portraiture, new born photography, new born portraiture Malaysia
Posted in Potret, family potraiture |
No Comments »

















Bergembiralah di hari perkahwinan anda. Siapa yang tak gembira atau suka di majlis perkahwinan sendiri ? Ada ka ? Mungkin yang dipaksa atau terpaksa kahwinlah. Betullah anda gembira. Jika gembira kenapa wajah anda nampak seolah-olah bersedih di dalam gambar. Tak pandaikah jurugambar anda merakam gambar ?
Selalunya pengantin nampak tak gembira adalah kerana keletihan, menunggu dan dibebani dengan pelbagai tugas yang tidak sepatutnya. Kenapa jadi begitu ? Saya bukanlah pakar motivasi tapi melalui pengalaman yang saya harungi beberapa tahun sebagai jurugambar mungkin sedikit sebanyak nasihat saya berguna. Kenapa jadi begitu ? Pengurusan dan perancangan. Merancanglah untuk memudahkan pengurusan perjalanan majlis anda. 100% saya yakin jika anda tidak merancang perjalanan majlis anda, anda pasti nampak lesu, kurang gembira, dan kelam kabut semasa majlis anda. Anda juga akan rasa kecewa dan mungkin akan ada penyesalan untuk tidak buat perkara itu dan ini selepas majlis.
Jurugambar juga berperanan penting dalam mendapatkan gambar2 yang nampak gembira dan bahagia. Mencari momen atau saat2 gembira adalah penting kerana itu adalah sejarah dan ubat untuk masa depan pasangan pengantin itu. Saya sendiri mahukan gambar2 yang penuh perasaan. Ada sedih, gembira, terharu, lawak dan sebagainya. Saya mencuba dan melakukannya dalam setiap majlis. InsyaAllah.
Kepada pasangan Wanie dan Ihsan, selamat mengharungi alam rumahtangga. Semoga kalian berdua sentiasa dirahmati Allah. Amin.
** Alhamdulillah saya dah mula terima tempahan sehingga Ogos 2012. Anda boleh email atau hubungi saya untuk pertanyaan atau tempahan.
Lokasi : Serkam, Melaka
Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
dibantu oleh Zakie Photography
Tags: akad nikah, album kahwin, jurufoto, Jurufoto kahwin, jurufoto majlis kahwin, jurugambar nikah, jurugambar perkahwinan, Malay wedding, malay wedding photographer, malaysia wedding photographer, melaka, serkam, wedding photo, wedding photographer, wedding photography package
Posted in Perkahwinan |
No Comments »

Saya mengajak bakal2 suami di luar sana untuk mengamalkan sunah ini. Yang baik haruslah kita amalkan. Yang tidak perlu biarkanlah sahaja diamalkan oleh orang Barat sana. Semoga mereka mendapat hidayah.
Apa nak buat sebaik sahaja selesai akad nikah?
Pertama & Utama : Doa. Saya ingin mengingatkan sahabat2 sekalaian mengenai doa yang ‘perlu’ dibacakan sambil memegang ubun-ubun/dahi isteri mu sebaik sahaja selesai upacara akad nikah. Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini.
Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun / dahi isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith:
“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).
Kedua: Solat sunat. Segerakanlah solat sunnat dua rakaat selepas nikah. Sujud dan bersyukurlah kepada Allah dan berdoalah mohon kebaikan dan kesejahteraan untuk rumahtangga mu.
Kepada pelanggan saya, janganlah rasa janggal apabila saya mengarahkan anda memegang ubun2 isteri dan berdoa. Saya lebih suka merakam momen itu dari mencium dahi atau pipi.
Jika anda mampu membaca doa ini dengan kuat saya pasti ramai ibu2 yang berada di situ akan mengalirkan air mata syukur.
Selamat beramal.
**saya mengajak sahabat2 jurugambar untuk membaca dan merujuk amalan2 sunah dalam perkahwinan untuk digunakan semasa kita bekerja di majlis perkahwinan. InsyaAllah kita dapat membantu pelanggan kita sedikit sebanyak untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka dengan berkat.
_____________
Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
Jurugambar
Tags: amalan sunah perkahwinan, islam, islam indah, Jurugambar, jurugambar kahwin, jurugambar perkahwinan, jurugambar perkahwinan malaysia, majlis perkahwinan, malaysia wedding photographer, perkahwinan islam
Posted in Perkahwinan |
2 Comments »