Selamat Tahun Baru kepada semua.
Beralih ke tahun baru saya mulakan dengan terima kasih saya yang tak terhingga kepada:
1. Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki dan segalanya.
2. Abah dan mak kerana menyayangi dan tak menghalang apa yg saya lakukan.
3. Isteri tersayang kerana menyayangi, memahami, menyokong, menghalang dan sentiasa bersabar.
4. Anak2 ayah Yusuf dan Maryam.
5. Semua pelanggan yang memberi kerjasama dan mempercayai saya.
6. Rakan-rakan yang membantu, mengkritik dan menyokong atas usaha saya.
Tahun baru ini juga saya mulakan dengan memohon kemaafan kepada semua jika ada salah dan silap dan rasa tidak puas hati serta sebagainya.
Tahun baru ini juga saya mulakan dengan berdoa kepada Allah agar semua pasangan bahagia yang pernah saya rakamkan gambar mereka sentiasa bahagia, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan hidup. Saya doakan anda semua sentiasa dilindungi Allah. Kepada sesiapa saja yang pernah membantu saya secara sedar dan tidak, saya doakan anda semua sentiasa dirahhmati, dilindungi dan diberkati Allah. Semoga Allah limpahkan rezeki yang berlipat ganda dan jadikan anda org yang sentiasa bersyukur.
Tahun ini adalah tahun hijrah saya yang terbesar. Saya memulakan hijrah saya dengan kalimah Allah. Semoga Allah sentiasa bersama dan tetapkan hati serta semangat saya.
Bismillahirrahmanirahim.
*Gambar di atas saya shoot dipenghujung 2009 iaitu hari semalam. Majlis akad nikah Tarina & Adli. Gambar lain tunggu dihari lain.
———————————
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com
