

Salam semua. Semakin hari semakin sibuk, rasa semakin menjarakkan masa untuk memuat naikkan gambar. InsyaAllah nanti2 saya akan memuat naik gambar2 beberapa majlis yang berlaku sepanjang 2 bulan ni. Berkenaan gambar di atas, itu adalah gambar ‘Post Wedding Photo’ atau dalam bahasanya Sesi bergambar selepas kahwin, saya ringkaskan dengan PWP. Gambar di rakam di Kuala Ibai, Terengganu. 2 hari kami menunggu untuk mendapatkan cuaca yang baik dan langit yang biru serta awan yang dikira menarik. Terengganu adalah satu ciptaan Allah yang menarik. Pagi2nya memang wahlah menarik. Langitnya biru, awannya berkepul2 macam kapas. Kalau nak dapatkan gambar yang cantik silalah bangun atau mulakan kerja anda sebelum jam 10 pagi.
Saya cadangkan beberapa subjek menarik apabila bergambar di tepi pantai:
1. Dapatkan horizontal line atau cahaya di ufuk atau kaki langit. (saya x dapat haritu, awan tebal)
2. Dapatkan 3 layer atau 3 perbezaan tona warna dari pasir, laut dan langit.
3. Dapatkan reflek atau biasan cahaya matahari seperti gambar 1 di atas.
4. Dapatkan bayang subjek di pasir yang pastinya akan memanjang sebab matahari sedang naik.
5. Dapatkan 1/3 gambar subjek dengan matahari naik.
6. Dapatkan sudut pandangan dari mata semut (low angle) dari subjek ke langit utk menampakkan langit dan awan pagi.
7. Diantara jam 8.30 ke jam 10 pagi akan ada satu masa langit biru yang kosong. Gunakan sebagai latarbelakang. Ini menarik untuk buat extra vivid ( tona warga garang) seperti gambar di bawah.




** 2 gambar teratas melalui proses editing. Tambahan tona warna efek Agfa dan 20% warna hijau coklat dilakukan pada foto. Sedikit efek vignetting untuk sikit dark framing.
** 2 gambar duduk di pasir nampak tona warnanya garang. Menggunakan lampu denyar di tepi kiri dan cahaya matahari utama dari depan. Hanya naikkan sedikit saturation utk editing.
** 2 gambar paling bawah adalah untuk menampakkan kepulan awan dan subjek. Subjek masih lagi tidak terabai dari pandangan mata.
*** Terima kasih kepada orang Terengganu yang menjemput makan di rumah, belanja makan nasi dagang dan juga orang Gambang, maaf malam2 baru sampai. Makan semua sedap-sedap.
_________________
Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com







