Anda dah bayar jurugambar untuk merakamkan gambar2 hari bersejarah anda. Adakah anda rasa jurugambar anda akan menghasilkan gambar yang cantik? Setiap dari kita sentiasa mahukan seseuatu yang sempurna dan cantik. Adakah anda patut membantu jurugambar anda dalam menghasilkan gambar yang cantik? Jawapannya ya. Silakan. Tapi sebelum anda membantu, meminta atau mengarah jurugambar anda untuk merakam sesuatu gambar, ada baiknya jika anda beri dulu ruang kepada dia untuk mencipta sesuatu. Apabila anda rasa jurugambar anda agak kering idea atau balik2 posing atau lokasi yang sama silalah minta untu berikan cadangan.
Ada masanya atau ditakdirkan anda mungkin akan berhadapan dengan jurugambar yang sedang menghadapi tekanan emosi atau teramat keletihan atau ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Pada ketika itu dia akan kekurangan idea atau bermasalah untuk berfikir.
Ada juga jurugambar yang tak cukup kreatif atau baru mula nak bereksperimen itu dan ini. Masalah2 ini anda perlu letakkan dalam satu ruang lingkup yang dinamakan risiko. Untuk menghadapi risiko ini anda perlu bersiap sedia sedikit sebyk tentang ilmu cara berfikir merakam gambar kreatif.
Untuk menghasilkan gambar2 yang cantik atau gambar bukan biasa anda boleh gunakan elemen2 berikut utk digunakan sebagai idea:
a. Bentuk. Sila lihat sekeliling yang mempunyai bentuk. Bentuk yang dimaksudkan adalah sesuatu objek atau ruang yang berbentuk. Contoh seperti gambar dibawah. Ada bentuk kubah. Bentuk yang boleh dijadikan frame adalah lebih menarik. Frame yang dimaksudkan adalah seolah2 anda berada didalam objek tersebut . Ditengah, ditepi atau satu pertiga gambar. Seperti gambar di bawah, pengantin seolah2 berada dalam frame berbentuk kubah.

b. Garisan. Jika anda ternampak garisan tak kisahlah dalam keadaan menegak atau melintang cubalah ajak jurugambar anda untuk menggunakan garisan tersebut sebagai bahan gambar. Contoh gambar seperti di bawah. Atau anda boleh tgk entry wedding Along dan Lela. Gambar outdoor diorang byk main dengan garisan.

c. Corak. jika ternampak dinding atau sesuatu yang bercorak. Cuba untuk gunakan sebagai salah satu bahan dalam mencantikkan gambar anda. Contoh seperti gambar di bawah:

d.Perspektif. apa saja bentuk,objek yang akan menjadikan bentuk perspektif cubalah gunakan sebagai bahan dalam gambar. Perspektif tu akan memberi sudut pada gambar atau mengajak anak mata yang melihat gambar menuruti satu garisan atau arah. Contoh seperti gambar di bawah.

Banyak lagi elemen2 lain yang selalu saya gunakan dalam gambar. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan di lain entry. Apa yang saya kongsikan di sini, anda boleh gunakan dalam merakam apa jua gambar. Selamat mencuba. Semoga anda dapat berfikir dengan lebih kreatif dan menarik.
** Gambar2 yang digunakan dalam entry ni adalah gambar2 majlis Sabrina dan Rafique. Gambar2 diorang akan saya update nanti.
—————–
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

Share on Facebook