Hari ni saya berjumpa dengan seorang bekas Sarjan Rejimen Askar Melayu diRaja. Sekarang dia dah berumur dalam lingkungan 80-an. Masih kuat dan bersemangat. Dia bahasakan diri dia sebagai atuk. Banyak ceritanya sepanjang 2 jam kami berjumpa. Pada mulanya dia cuma bercerita tentang 7 wasiat oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Wasiat ke-3 yang ditekankan kepada saya iaitu “Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar Negara”;
Dia cakap kepada saya, “Kita tak yah susah2 nak risau pasal bangsa lain nak ambil alih Negara kita atau kekacauan yang berlaku. Askar Melayu ada. Dari bawah sampai atas semuanya Melayu. Siapa tahu apa yang mereka berbincang dalam setiap perbincangan atau mesyuarat? Semua orang Melayu. Bab tu jangan risau.
Apa yang atuk risau cuma pasal bangsa Melayu ni. Apa nak jadi. Kalau dalam sesuatu kelompok masyarakat, pakat2 dok berebut jawatan. Pakat nak jawatan itu dan ini. Tapi bila nak buat kerja semua x jalan. Kalau jalan pun pasal duit. Nak korek lubang kubur pun kalau tak dak duit, telefon pun tak angkat. Yang datang mengajar kat masjid pun kalau tak bayar duit tak datang dia. Kalau mesyuarat PIBG penuh orang2 Melayu masuk dewan sekolah. Mana tau dapat jawatan apa2. Atuk ada tanya Cina yang tengah menjual ais krim kat luar pagar sekolah. “Anak lu ada sekolah sini kan,kenapa tak masuk mesyuarat, ada pemilihan jawatankuasa, boleh pegang jawatan apa2 ?”.Cina tu jawab; “Saya x mau jawatan2, susah saja, baik saya tunggu luar sini jual ais krim dapat juga seratus dua. Kepala x pening.”
Atuk sambung lagi. Lepas tu Atuk pergi bengkel Melayu yang kat sebelah sana tu. Dulu bengkel tu Melayu punya, sekarang dah Cina punya. Masa budak Melayu tu punya atuk masuk nak tukar minyak hitam. Budak tu buat tak layan sambil duduk hisap rokok bush bush…. Lepas dok lama atuk cakap kat budak tu. Baik tutup ja bengkel ni pastu pergi duduk dalam hisap rokok. Macam mana nak maju. Inilah masalah orang Melayu.
Atuk sambung lagi. Kau tau tak mana pergi budak2 Melayu sekarang ? Kau cuba pergi Pusat Serenti. Penuh lah kat situ. Budak2 ni konon nak jadi doktor. Tu lah ramai doktor tuh. Yang kaya sapa? Yang mengedar dadah dan barang2 tu. Siapa yang mengedarnya? Yang dok susah apa? Atuk senyum ja. Saya pun senyum.
Atuk sambung lagi. Minggu lepas ada majlis bacaan yasin kat Masjid UPM. Yang penuhnya saf perempuan sampai melimpah ruah kat luar. Saf laki-laki tiga suku pun tak penuh. Apa nak jadi? Cuba hang tengok sekarang. Ketua polis trafik pun dah perempuan. Ketua itu ini pun ramai perempuan. Ni masalah apa pulak. Fikirlah.
Saya dah nak angkat punggung tapi atuk tak nak berhenti lagi. Saya duduk semula. Atuk sambung lagi. Budak2 Melayu kat sini petang2 main sibuk main bola, ragbi sampai patah2 kaki, injured sana sini. Balik malam penat nak study. Lepas tu result periksa merudum. Yang naik podium dapat anugerah2 bangsa lain. Kalau ada bangsa sendiri sikit ja tu pun kadang2 reserve.
Atuk dah berenti. Mungkin dah penat. Kalau ikutkan banyak lagi nak diceritakannya. Mungkin kalau diceritakan masalah bangsa Melayu sekarang tak habis sehari.
Saya ceritakan semuala di sini untuk berkongsi dengan anda semua supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang dirisaukan dan sama2 mengubah apa yang atuk ni lihat.