Archive for the ‘Maternity’ Category

Moe & Lily PaMa2B

November 16, 2009

PaMa2B

Moe & Lily, nama glamour insyaAllah bakal menimang cahaya mata sulung pada awal 2010. Seronok dan rasa x sabar rasanya. Lily bertubuh kecil dan kandungannya pun x berapa nampak besar. Moe maintain dengan badan jejaka bujang yang aktif bersukan. So x boleh nak lawan perut isterinya. Ini adalah rakaman gambar pertama utk pakej PaMa2B selepas Roshda dan Zul haritu. Lokasi rakaman ni dibuat di Tasek Titiwangsa Kl. Dah lama saya tak ke sana. Menarik aktiviti2 hujung minggu di sana skrg. Dah ada hot ballon dan ada bola besar yang orang bergolek-golek di dalam bola tu,tak tahulah apa kebendakah itu. Tapi memang menarik. Lain kali boleh cuba.

Untuk rakaman gambar ni saya tak memberi nasihat ttg tatacara pemakaian. Jadi Moe datang dengan ala2 sport dan Lily baju wanita mengandung yang warnanya kontra. Tak serasi tapi tak jadi masalah. Kerana dari situ saya tahu itulah jiwa mereka. Tiada konsep yang saya cuba masukkan. Tiada storyboard. Lebih kepada apa yang saya fikir saya keluarkan, arah dan shoot. Kali ni saya byk menggunakan portable lighting dan reflector. Cuaca pun agak mendung dan nak hujan. Terima kasih kepada Lee yang bantu memegang reflector.

moe-1moe-2moe-3MOE-5MOE-6moe-7moe-8moe-10moe-11PaMa2B bermaksud bakal ibu dan ayah. Jadi rakaman gambar yang saya buat lebih kepada untuk menghasilkan gambar yang menampakkan kemesraan suami isteri dan cuba juga untuk menampakkan rasa kasih kepada kandungan pertama mereka. Apabila dua tangan dari ibu dan ayah memegang perut, anak dalam kandungan akan terangsang. Kasih sayang tercipta dari suami ke isteri dan dari ibu ayah ke anak. moe-9moe-4

Semoga kasih sayang Moe dan Lily akan terus berpanjangan dan semoga selamat melahirkan anak2 yang comel dan besarkan dan didiklah mereka dengan penuh kasih sayang dan didikan agama. Selamat semua. Terima kasih.

Jurugambar :
Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
syafirol@piiown.com

Turut dibantu oleh:
Kenit Lee ( Jurugambar 2)

dan juga Moe serta Lily.

iklan

mama6mama5mama3mama4mama2mama1
Lepas asar semalam kebetulan ke Shah Alam saya dan keluarga singgah ke rumah sepasang suami isteri (PaMa) yang menunggu kelahiran anak sulung mereka kira PaMa2B la. PaMa dua org ni kawan saya dan isteri. Dah lama berhajat nak shoot PaMa dua org ni. Nak shoot mak buyung yang membesar bagai johan. Tapi x la besar sgt macam masa isteri saya mengandung dulu. Lagi hebat.
Sampai pun dah lewat dan dah kira ada 2 jam lagi nak berbuka. Kami pun bekerja dengan pantas kelajuan yang terdaya seorang mak buyung ibu mengandung. shoot simple2 kat dinding cream putih. Konon ala2 white studio la. Light stand pun x bawak. Guna ja apa yang boleh. Untuk menjadi seorang jurugambar yang bagus, gunakan senjata apa yang ada semaksima yang boleh. Jangan jadikan alasan kononnya saya cuma ada kamera atau lens cap ayam. Gunakan kreativiti korang sebaik mungkin.
Puan Roshda & Tuan Zul, inilah hasil kerja kita bersama.Saya tau Tuan Zul segan dengan isteri saya so saya ala2 kadarkan sahaja. Next time we do better lah. Terima kasih atas juadah berbuka. Popiah tu sedapla, minta buatkan lagi. :)

Pn. Roshda paMa2B Part 1

August 20, 2009

pamaabstrakgurlzbaju

paMa2B akan menjadi satu pakej baru dari piiownphotography. Kali ini khas buat bakal mama dan papa. paMa2B akan merakamkan gambar bakal mama yang mengandungkan baby comel yang berusia 8-9 bulan dan gelagat si papa nya juga mungkin semakin berisi kerana bahagia atau mengikut selera isteri mengandung. Konsepnya boleh terpulang kepada bakal mama dan ayah atau serahkan kepada saya.

Seronok bila dapat tengok balik paras rupa sendiri ketika sedang mengandung. Ada yang kata “Eh besarnya aku” ada juga yang akan kata “Ni x besar lagi ni, anak kedua lagi besar”. Gambar Mama2B juga pasti lebih bermakna bila ditunjukkan pada anak yang dikandungkan itu bila dia dah pandai A B C Alif Ba Ta nanti. Dia pun akan tersenyum bila tgk mama dia yang slim tetiba besar semasa mengandungkan dia.Dan dia akan tergelak jika perut papa dia sama saiz ngan mama dia. :)

Pakej ini akan bermula dengan harga RM150.00 . Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

* Gambar di atas kami shoot di rumah mini studio saya. :) Intro untuk shoot paMa2B dengan Pn Roshda dan En. Zul.

Syafirol Hafiz Arsad
019 2834356
email : pama2b@piiown.com