



















Seronok dan meriah bila rakam gambar kanak2. Memang seronok. Ini kira job kedua aku utk majlis ulang tahun atau birthday party. Lokasi majlis di Restoran Hornbill di KL Bird Park @ Taman Burung Negara. Aku baru tahu yang KL Bird Park ada buat pakej birthday party. Siap dapat free 2 jam tour dalam taman burung. Memang menarik.
Kanak2 mmg seronok dipotretkan.Mereka jujur.Tak pandai nak menipu didepan kamera. Semuanya nampak natural. Tapi bukanlah mudah untuk rakamkan gambar kanak2 jika tak pandai nak mengambil hati mereka. Jurugambar perlu berkawan dan ramahkan diri dengan mereka. Kalau dah terlebih mesra pun susah juga. Adakala mereka terlalu aktif atau terlebih sehingga jurugambar tak boleh nak pegang kamera atau halakan kamera. Pandai-pandailah bila mereka dah hilang kawalan.
Ini sedikit tips untuk merakam gambar kanak2:
1.Untuk menarik perhatian mereka dan mendekatkan jarak mereka dengan anda, tunjukkan gambar mereka yang anda rakam dan pujilah seadanya.
2.Gunakan flash untuk menarik perhatian bayi atau kanak2 yang sedang asyik dengan sesuatu.
3. Beradalah dalam kelompok kanak2 yang sedang bermain. Join mereka bermain. Mereka akan selesa dengan anda selepas beberapa ketika.
4. Letakkan objek yang berwarna terang di atas lensa unuk menarik perhatian bayi.
5. Fokuskan tepat pada mata. Tak kisahlah bahagian lain kabur. Mata mereka akan menghidupkan gambar.
6. Pilihlah baju yang menarik perhatian mereka. Berwarna terang. Takyah lah nak baju skema2.
7. Gunakan ISO yg tinggi atau shutter yang laju.
8. Lebih baik guna Burst Mode
InsyaAllah nanti saya akan cari tips yang lebih baik.
Ok Hepy besday to you Nabil. Semoga menjadi anak yang soleh dan menjalankan amanah Allah. InsyaAllah.
————————-
Lokasi : KL Bird Park
Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com
dan
Fazli@Kenit Lee
http://www.facebook.com/kenit.lee





























