Archive for July, 2009

D’Muara Marine Park, Persisiran Pantai Sg Haji Dorani, Sg. Besar Selangor

do7do1do2do8do3do5
Hari Sabtu lepas destinasi asal saya sepatutnya Bentong, Pahang. Tapi lepas ‘menyerok’ (sarapan) saya baca mesej dari bekas teman serumah (kuyu) semasa di Skudai dan di Kinrara, jemput ke kenduri cukur kepala anaknya di Simpang Lima Sg. Besar. Ni memang tempat feberet. Isteri saya pun suka ke sana. Saya terus call D’Muara Marine Park, Sg Haji Dorani untuk tempah chalet. Saya mmg suka ke resort ni sejak kali pertama menginap masa si Kuyu ni kahwin. Dari sawah ke sungai dan terus ke pantai. Itu yang menariknya. Pemandangan di waktu petangnya mmg best dengan ’sunset’ dan perahu2 nelayan pulang petang. Tak sempat pulak snap pemandangan perahu2 nelayan pulang petang sebab kali ni tak dapat menginap di chalet yang mengadap laut. Penuh. Kalau di sebalah pagi pulak yang bestnya, pemandangan makcik2, pakcik2 dan anak2 mencari mentarang ( sejenis siput laut ) dan kerang di bawah2 chalet dan di sekitar pesisiran pantai yang berselut hitam. Nak je saya terjun sekali duduk sebelah makcik yang tengah mengorek2 selut mencari rezeki utk dijual di tepi2 jalan. Simpan dulu. Lain kali. Kalau ada sesiapa nak join boleh la nanti.

Cerita sikit pasal gambar di atas. Gambar no 1 tu gambar saya dengan Maryam. Gambar ni memang saya dah plan selepas dapat mesej dari Kuyu. dah terbayang dalam kepala. Dah lama mengidam gambar ni tapi tak dapat tepat sgt sebab Maryam takut angin laut yang kuat, dia tak nak naikkan tangan, layu ja. apapun terima kasih kepada mama yang shoot gambar ni. Cantikkan mama shoot.

Gambar yang dibawah sekali tu. Itulah Chalet di atas air D’Muara Marine Park, Sg Haji Dorani. Harganya kalau weekend Rm150 dan kalau weekday RM130. Itu harga untu chalet yang mengadap laut. Kalau mengadap kampung murah Rm20.

Banyak gambar sunset tapi nantilah saya up di Flickr. SubhannAllah, indahnya ciptaan Allah. InsyaAllah esok lusa saya ke sana lagi.

oleh:   Syafirol Hafiz Arsad
independent photographer

Belajar asas fotografi.

July 24, 2009

bagan lalang
Sejuk mata memandang setiap keindahan ciptaan Allah. Seronok bila sempat dan dapat tangkap gambar apa yang indah di depan mata. Tapi kadang2 apa yg dihasilkan tak seindah yang kita nampak. Sayangkan. Adakah kekurangan pada kamera atau pada kemahiran ? Jangan salah kan kamera anda kerana itu yang anda ada dan seharusnya anda gunakan sebaik mungkin. Tak kesah apa pun jenis kamera anda, jika anda ada pengetahuan asas tentang fotografi pasti tidak menjadi masalah. Mungkin anda tak perlu tahu secara mendalam tentang teknikal seperti bagaimana autofokus berfungsi, built in motor dan bla bla. Cukup sekadar faham dan tahu ttg asas seperti bagaimana mengawal kamera, apperture, shutter speed, ISO serta composition. Dengan pengetahuan kepada asas ini anda pasti akan lebih seronok apabila melihat gambar2 di majalah atau di internet. Anda akan faham dan mula memberi komen, ” Eh gambar ni kalau dia guna setting ni lagi cun rasanya”.

Untuk belajar tentang asas fotografi x semestinya anda perlu menghadiri kelas2 berbayar. Anda boleh membaca diinternet, buku dan mencuba. Cubalah berkali2 sampai anda faham. Kamera digitalkan. X perlu fikir nak beli filem atau sebagainya. Cuba, x jadi, jgn delete dulu, tgk dan analisis sebab apa gambar tu x jadi seperti yang sepatutnya. Mencuba atau latihan itu penting.

Cara saya belajar

1. Saya akan letak satu subjek di depan saya, saya akan shoot dari aperture paling kecil sampai paling besar, dari iso paling rendah sampai paling tinggi atau semua setting yang ada. Kemudian saya akan bandingkan semuanya.
2. Untuk composition atau cara berfikir kreatif, saya letak satu subjek contohnya kasut di atas meja, kemudian saya akan shoot dari pelbagai angles, pelbagai rules kemudian saya akan bandingkan.
3. Dan saya suka tgk gambar di majalah, internet, Flickr yang mempunyai Exchangeable image file format (EXIF) atau dalam kata mudah spesifikasi/maklumat tentang gambar, saya akan cuba hasilkan gambar menggunakan setting yang digunakan jurugambar asal sampai setepat mungkin.
4. Sentiasa tgk2 dan analisis gambar yang dihasilkan oleh jurugambar ‘pro’ dan jurugambar yang menghasilkan gambar yang cantik dan terbaek.

dan saya masih belajar setiap masa  serta tidak pernah berputus asa.

oleh :   Syafirol Hafiz Arsad
independent photographer

Kebebasan dan kepuasan

July 21, 2009

yusuf3yusuf2yusuf1adik2adik

Minggu lepas saya pulang ke kg Rancangan Klias  Beaufort, Sabah. Pulang menziarah keluarga dan pusara pakcik yang baru meninggalkan kehidupannya. Saya tak nak bicarakan tentang kematian. Cukuplah dengan perkataan ‘kematian’ , pasti anda faham.
Di kg, anak2 tinggal bersama saya seorang ketika ibu mereka menguruskan kenduri arwah. Kira jadi pengasuh la. Saya biarkan anak2 saya bermain bebas dan sepuas hati. Bukan selalu pun anak2 saya dapat bermain dengan tanah, batu2, air. Dengan ayah ja boleh.  Sambil melihat telatah anak2 comel, saya terfikir tentang kebebasan dan kepuasan dari pelbagai sudut.
Melihat anak2 bermain dengan senyum, gelak tawa pasti anda akan terasa betapa puasnya mereka. Alangkah seronoknya menjadi anak2 kecil. Tiada apa yang mereka fikirkan selain apa yg mereka lakukan.
Saya bukan minta untuk dijadikan anak kecil semula tapi saya cuma mahukan kebebasan dan kepuasan. Setiap kerja dan apa jua perkara yang saya lakukan saya mahukan ia adalah dari hati saya. Bebas dari sebarang pengaruh, diikat atau terikat. Dari situ akan datang kepuasan. dan ikhlas.
Saya tak mahu berkerja untuk bayar hutang, bil atau sebagainya. Saya bekerja untuk kepuasan.

765421

Majlis Bertandang Engku Puteri Suraya & Ahmad Faizar berlangsung sederhana tetapi meriah di Kg. Melayu Subang. Meriah apabila pasangan pengantin sendiri melagukan lagu secara berduet. Sedap tak sedap belakang kira. Apapun saya terhibur dengan nyanyian mereka dan juga gelagat adik beradik sepupu sepapat mereka yang riuh.

Dah lama nak up gambar2 ni tapi tertangguh sebab terpaksa pulang ke kg atas beberapa sebab dan amat tak seronok apabila di kg tidak ada “line internet” . Kg la ..

Kalau sempat layanlah slideshow yg tak seberapa di bawah.

Terima kasih