Hujung minggu lepas saya ke Barebone Studio Kajang milik Ted Adnan si freelance photographer yang pro. Ted banyak bermain dengan lampu denyar ( flash ) dan beliau dikategorikan master dalam bab2 lighting photography.
Hari pertama puasa saya join Ted Adnan featuring Shamsharin ( photojournalism photographer ) freetalk atau cakap-cakap fotografi yang percuma. Ted bercakap tentang asas komposisi atau basic composition. Walaupun basic tapi masih ada sesuatu yang baru yang dipelajari dan menjawab beberapa persoalan yang dulunya bersarang dalam kepala malas nak cari. Shamsharin punya talk lebih kepada bercerita tentang penghasilan sesuatu gambar dan pengalamannya bekerja sebagai jurufoto untuk agensi luar dari Malaysia internationalla. Gambar2 dia mmg terbaik. Dia hanya bercerita tentang gambar tapi semua org kira macam terpukau dengan apa yang dia cerita. Banyak ilmu baru yang saya dapat dari Shamsharin. Apapun terima kasih bro Ted kerana menganjurkan freetalk dan juga Shamsharin yang melapangkan masa memberi cakap2 percuma dan bermakna. Percuma sebab puasa kalau tak kena belanja teh tarik dengan roti canai.
Hari berikutnya saya ke Barebone Studio lagi utk One-on-One Tutorial with Ted dan juga Ms. Andrea selaku model. Belajar tentang penggunaan cahaya. Lebih kepada cahaya dari lampu denyar. Bermula dengan teori dan cerita tetang sebatang lampu denyar dan penggunaannya dan seterusnya amali atau tutorial. Ted memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan 1 lampu, 2 lampu, bouncing, difuser, penggunaan payung & softbox, direct llight, fill light, head light, back light, butterfly lighting, penggunaan color gel dan white balance, mix light, ambience, ghosting effect, dll. Macam mana nak arah model beraksi pun ditunjukkan. Kalau kau nak shoot model kenalah pandai mengarah. Kang terkial-kial, terkulat-kulat macam saya jugak. Dan yang paling penting dipelajari adalah apa yang sepatutnya buat dan tak buat dan apa yang sepatutnya berlaku dan tidak, jika caranya dibegitu dan beginikan. Benda-benda yang keluar secara tidak langsung dari seorang guru anda takkan anda dapat dari buku. Itulah yang penting bila belajar. Walaupun korang dah tahu kebanyakan apa yang diajar tapi korang akan dapat lebih dari apa yang korang tahu walaupun sikit. Sikit tu takkan dapat dimana2 selagi tak berguru. Dan korang takkan tahu benda yang korang buat tu salah selagi tak ada yang memberi tunjuk ajar. Gambar dii bawah adalah diantara hasil2 One-on-One Tutorial with Ted. Okeh modelnya Ms Andrea dari Sabah.
Upss this not Ms Andrea la. Ini Ted Adnan
Penggunaan 1 lampu di sisi kiri gambar. Tembak ke dinding putih.
Top light. Lampu dari atas.

Tengok di mana bayangnya jatuh so tahulah sumber cahayanya.
Penggunaan color gel

2 sumber cahaya. salah satu dari atas kepala sudut kanan gambar.
Mix light. Lampu ikea dan 2 lampu denyar. Dan penggunaan slow shutter utk dapatkan ambient light.
Abaikan kaki2 lightstand dalam gambar tu. Gambar belum diedit supaya korang dapat nampak di mana kedudukan lampu.
Saya suka ayat Ted. “Tak de gambar yang salah. Tak de gambar yang tak leh pakai”. ya betul. Ikut kesesuaian dan permintaan. Gambar overexpose pun berlambak dalam majalah.
So ok, ini ja untuk post kali ni. dan untuk Mr Ted walaupun dia x singgah kat blog ni , terima kasih banyak2 di atas tunjuk ajar dan tips. Rasa macam banyak lagi soalan2 akan datang. Thanks.
————————
Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
admin@piiown.com