Archive for September, 2009

Raya Aidilfitri 2009

September 23, 2009

rayakuburan
Selamat Hari Raya Aidifitri kepada semua. Dikesempatan ini saya macam orng lain jugak ingin memohon maaf jika ada salah dan silap atau terkurang bahasa atau menyinggung perasaan. Tak kira lah kepada sesiapa yang membaca.

Gambar di atas tu merupakan ahli2 keluarga isteri saya di Beaufort, Sabah. Gambar kedua tu saya rakam di tanah perkuburan selepas menziarah dan membaca yasin di pagi raya. Ramaikan.. Tak semua ada dalam gambar tuh. Ada yang dah ke seberang sana menzirah kuburan di sebelah sana.

———-
Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
admin@piiown.com

Di Rumah Kedah milik En.Ruslin

September 10, 2009

rm1rm3rm14rm12rm5rm7rm16rm10rm18rm8rm11rm13rm15rm6rm19rm2rm20rm24rm23
Hasil minat saya pada kerja tangan manusia kreatif membuatkan saya turun ke Jalan Sultanah untuk sentuh sentuhan semula En. Ruslin kepada rumah tradisional Kedah. Walaupun dicampur dengan elemen moden untuk penyesuaian tapi idea asal pencipta atau tukang kayu dulu 90% dikekalkan. Istilah2 rumah Kedah saya amat tak mahir jadi lepas ni terpaksalah buka kitab dan berjumpa org2 lama Kedah.
Rumah ini masih dalam proses penyiapan peringkat akhir. InsyaAllah suatu hari nanti saya akan singgah sekali lagi untuk bersembang sendiri dengan en. Ruslin. Nak tanya kenapa minat sangat nak tegakkan semula rumah lama ni. Saya pun ada menyimpan hasrat untuk berbuat sepertimana en. Ruslin buat. Suatu hari nanti lah.
Terima kasih kepada cik Ruslina walaupun dia tak dapat bawa saya pusing2 rumah ni. Dan terima kasih banyak2 buat pakcikĀ  alamak boleh lupa nama iaitu abang kepada en Ruslin yang sudi melapangkan masa tunjukkan setiap inchi rumah ni dan cerita serba apa yang dia tahu. Tapi istilah2 tu banyak yang saya lupa sebab x tulis. Saya akan rujuk semula pada kitab2 yang patut.
Gambar2 di atas sebahagian gambar yang sempat saya rakam sepanjang 45 minit saya di situ dengan anak2 dan isteri saya. Memandangkan saya ada temujanji di Ipoh petang tu, tak dapatlah saya duduk lama2 dan kalau boleh nak minum kopi sekali. :)

* Kalau pergi rakam gambar atau ke mana2 bawalah pen dan buku nota kecil, PDA, Smartphone . Catat apa yang patut untuk rujukan masa akan datang.

Penang

September 8, 2009

penang

*Pemandangan dari Bukit Bendera.

3 hari lepas, on da way saya ke Jitra saya singgah Penang. Sempat naik Bukit Bendera. Seingat saya last saya naik Bukit Bendera ni masa saya umur 5 tahun rasanya. Dah 23 tahun tuh. Saya ingat pun saya naik masa kecik2 dulu sebab saya tengok balik album2 lama yang abah dengan mak saya simpan. Itulah gunanya album gambar. Dapatlah tengok gambar masa comel2 dulu di atas Bukit Bendera.
Apa yang menariknya Bukit Bendera? Untuk yang cepat bosan dan tak cinta sgt pada keindahan saya tak cadangkan naik lah. Kepada pecinta keindahan dan sejarah silalah ke sana. Perkara paling menarik adalah keretapi Bukit Bendera yang curam. Dia punya slow mmg menguji kesabaran untuk org yang tak cintakan keindahan dan sejarah. :) . Mengambil masa 30 minit dan bertukar 2 keretapi untuk sampai ke atas Bukit Bendera. Sesampainya di atas, korang akan dapat lihat pemandangan seperti mana gambar di atas. Naiklah seawal pagi yang boleh. Cantik sangat. Subhanallah. Kalau dapat tgk sunrise lagi best. Keretapi niĀ  start beroperasi dari pukul 6.00 pagi. So sempatla nak tgk sunrise. Kalau nak menginap kat atas sana pun boleh. Ada hotel2 lama yang menggunakan bangunan2 Inggeris.
dan satu lagi yang unik, kat atas sana ada kuil dan masjid yang jarak di antara kedua2 tempat ibadat berlainan agama ini tak sampai 200 meter. Lebih kurang dalam satu kawasan. Masjid di atas dan kuil di bawah. Majmuknya Malaysia.
Kalau sempat saya akan up lagi gambar2 lain. InsyaAllah.

Syafirol Hafiz
0192834356
admin@piiown.com

Sticky Album

September 4, 2009

1234567891011

Hitam, simple, kemas, dan nampak eksklusif. Serta jimat duitla. Berminat ?

Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
admin@piiown.com