




Tahniah buat Najid & Tina. 24/10/2009 Genaplah 1 tahun usia perkahwinan mereka. Setahun bersama menongkah arus bersama sebagai suami isteri. Masih jauh perjalanan jika ditakdirkan usia panjang dan jodoh berkekalan. InsyaAllah jodoh mereka hingga ke syurga. Bagi saya, pasangan ni adalah pasangan yang murah hati dan setiasa dimurahkan rezeki. Sehingga rezeki mereka melekat juga dengan saya.
Siapa yang kenal dengan pasangan ini pasti bersetuju dengan saya. Usia perkahwinan mereka bersamaan juga dengan usia penglibatan saya dalam fotografi perkahwinan. Mereka adalah pasangan pertama yang saya shoot secara berbayar urusan berniaga. Usia saya dalam bidang ini masih setahun jagung. Siapa yang mengikuti perkembangan hasil kerja saya pasti tahu di mana kedudukan saya sekarang. Ada peningkatan atau tidak hanya mereka yang dapat menilai saya dengan telus. InsyaAllah esok esok saya akan menghasilkan karya atau kerja yang lebih baik lagi. Doakan saya.
Photoshoot 1st wedding anniversary ni kami buat di Taman Sri Empangan, Putrajaya. Lokasi ni saya yg pilih sebab saya memang suka tempat ni. Ada banyak lokasi menarik di sini seperti dalam gambar yg saya up. Silalah jalan2 ke sini. Dan kalau nak ajak saya sekali bagitau awal2. Saya ok ja.
Ok, kepada Najid & Tina, tahniah sekali lagi. ( kalau korang tahu apa yg Najid bagi kat Tina sebagai hadiah korang mesti nak 1 atau 2. ). Dan yg saya takkan lupa untuk sentiasa berterima kasih kepada Najid & Tina. Terima kasih. Sila sambung nikmati gambar di bawah. Gambar2 lain biar jadi kenangan Najid & Tina ajer.




Sesiapa berminat untuk berkongsi idea merakam gambar Wedding anniversary , Pre-Wedding dan Post-wedding ala2 gambar di atas, boleh hubungi saya.
Lokasi: Putrajaya
Jurugambar :
Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
syafirol@rasct.om
dibantu oleh:
Najid & Tina
Adiman
Share on Facebook