Archive for December, 2009

Dari Ruat, Kedah

December 21, 2009

awan
Teaser Izamuddin & Juehanita

Salam Maal Hijrah. X lambat lagi utk ucap selamat tahun baru. Semoga setiap dari kita akan melakukan perubahan ke arah kebaikan. Beramal dan bekerjalah kita dengan lebih tekun dan ikhlas.

—————-
Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
syafirol@piiown.com

tanya | inquirygallerykomen

So he killed your dad

December 16, 2009

boikot


Anak ayah :
Ayah, KFC boikot kan. Kesian kat kawan2 Yusuf. Nanti kena bunuh kan.

Ayah: A’ah.

————————-
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

tanya | inquirygallerykomen

Ayah

December 14, 2009

Post kali ni tanpa gambar. Saya tak pandai bercerita tapi saya cuba. Cerita mungkin tidak ada kena mengena dengan perkahwinan tapi boleh dilibatkan kerana ianya mengenai kehidupan.

Semalam saya dan keluarga singgah makan di sebuah restoran di Kuala Kangsar. Kebetulan restoran tu ramai pelanggan. Semasa saya masuk ke kedai tu saya nampak banyak meja yang belum dihidang dengan makanan. Dalam hati, ” Ni mesti lambat dapat makan. Tak palah.” . Memandangkan saya bawa 5 anak2, saya malas nak keluar cari kedai lain. Isteri saya pilih meja makan di tengah2 kedai. Saya duduk berhadapan dengan isteri sambil mendukung Maryam si comel saya yg agak aktif waktu tu. Nak duduk macam biasa saya toleh kiri dan kanan. Di kanan saya ada meja makan yang dihuni seorang lelaki berumur lingkungan 50an dan seorang remaja lelaki lingkungan 17-20 tahun. Meja diorang pun kosong. Belum ada gelas atau pinggan yang berisi.

Sambil menunggu makanan sampai jenuh juga melayan anak kecil saya Maryam dan Yusuf sambil memerhati juga 2 anak yang kehilangan ayah dan seorang anak yang kehilangan ibu yang saya bawa juga sedang menunggu makan dan melayan anak2 saya. Sambil tu fikiran saya jauh juga melayang berfikir, apakah perasan ke tiga2 anak yang saya bawa itu sedang saya dan isteri melayan anak2. Adakah mereka terasa hati yang mereka sudah tiada ayah untuk melayan mereka sepertimana saya bermain dengan anak2? Adakah mereka sedang gembira atau suka dalam sedih? Adakah mereka terasa kehilangan yang amat sangat? Banyak persoalan yang bermain difikiran saya sambil menunggu hidangan sampai. Sambil2 tu saya sempat juga memandang 2 lelaki di meja sebelah saya yang saya agak mereka adalah anak dan ayah. Mereka cuma diam x berbicara. Hampir sejam hidangan belum juga sampai. Nasiblah air sampai selepas20 minit oder. Sama juga nasib 2 lelaki di sebelah kami. Sedang agak lama menunggu, lelaki yg saya agak ayah kepada remaja tadi tu bangun pergi ke kaunter, mungkin bertanyakan tentang makanan yg diordernya. Dia x de lah marah, cuma bertanya ja. Balik dia ke meja, diusap belakang remaja yg saya rasa anaknya sambil berbisik sesuatu. Saya agak perkataan yang dibisikkan adalah ” Sabar ya. Kejap lagi sampai.” . Bila saya nampak lelaki tu mengusap belakang remaja yg mungkin anaknya tu saya terasa hati dan memandang lebih lama ke arah mereka. Baru saya perasan rupanya remaja itu mempunyai masalah ataupun dikategorikan sebagai anak2 istimewa.

Makanan lebih dahulu sampai di meja mereka. Hati saya makin tersentuh. Jika tadi saya fikirkan tentang anak2 yang saya bawa tiada ayah dan seorang tiada ibu tapi kali ni hati saya diusik lagi. Saya tak pandai nak gambarkan kepada semua bagaimana perasaan saya bila melihat ayahnya mencerai-ceraikan ayam sambil menggaulkan nasi kepada remaja yang bagi saya bernasib baik kerana mendapat ayah yg amat penyayang. Selang beberapa suapan ayahnya akan pusing ke arah anak remajanya sambil mengelap bibir anaknya yang tertinggal sisa2 nasi. sesekali di gaul2kan lagi nasi dan ayam dalam pinggan anak remaja tadi. dan sesekali diambilnya tisu dan dilapkan bibir dan tangan anak remajanya sampailah selesai makan. Bila anaknya nak meneguk air dipegangnya gelas dan tangan anaknya. Anak remaja tadi tersenyum memandang ayahnya. Ada juga perasaan cemburu dalam hati saya. Sambil melihat kasih sayang seorang ayah kepada anaknya yang tidak sempurna saya melihat anak2 saya, isteri saya dan anak2 yang turut bersama saya. Saya bertanyakan kepada diri saya, mampukah saya menyayangi anak2 saya seperti mana dia. Dan saya juga terfikir Abah saya. Saya harus bersyukur yang saya dilahirkan sempurna dan mempunyai ayah dan mak serta kelurga. Saya tidak boleh mengabaikan setiap apa yang dianugerahkan Allah.

Kedua anak – beranak tadi berjalan keluar dari restoran selepas bayar apa yang dimakan. Saya terasa untuk mengikut dan tgk mereka dari belakang. Saya cuma nampak ayahnya tadi memegang tangan anak remajanya yang istimewa itu berjalan kaki di tepi jalan terus ke depan sampailah hilang dari pandangan. Ke mana arah tuju ? Di mana ibunya?

Selesai makan saya sambung perjalanan balik ke Bangi. Keluar dari restoran menuju ke arah yang sama dengan arah yang dituju anak beranak tadi. Selepas hampir 500 meter dari restoran tadi saya melalui satu kawasan asrama Rumah Anak-anak Istimewa, Kuala kangsar. Saya rasa terjawab. Remaja istimewa dan lelaki lewat 50an tadi datangnya dari sini. Tapi saya tak pasti adakah lelaki lewat 50an itu ayah kepada remaja istimewa tadi atau penjaga di rumah anak-anak istimewa ini. Walau apapun semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka berdua. Dan semoga saya akan menjadi Ayah dan anak yang baik.

————–
Syafirol Hafiz Arsad

Hang Jebat dan Dang Wangi

December 7, 2009

jebat dalam hujan yang lebatlukisan hiduphujan yg redasejuklecakbasahwaqas dan liana basahwaqas lianatanahkakitarikbergayasawahduduk
Tahukah korang yang Dang Wangi merupakan kekasih hati laksamana handal Hang Jebat. Dang Wangi pernah di halau ke istana Nur Pualam oleh Puteri Hang Li Po kerana Hang Jebat menolak cintanya. Kepada sesiapa yang tak tahu lagi, Dang Wangi adalah dayang di istana Sultan Mansur Syah iaitu suami kepada Puteri HangLi Po yang juga sultan Melaka. Macam biasa, Hang Jebat selalu ke istana dan terserempak dengan Dang Wangi. Bercintalah mereka sehingga di ketahui oleh Puteri Hang Li Po. Dihalau keluar istana oleh puteri, dalam hujan yang lebat melalui sawah padi  datanglah Hang Jebat melamar menjadi isteri di bawah pohon melaka ( plot ni saya tambah utk gambar2 di atas saja :) ).

Gambar2 di atas adalah sebahagian gambar2 yang saya rakam di Jitra Kedah bersama pasangan pengantin Ahmad Waqas dan Norliana. Waqas adalah jurugambar seangkatan dengan saya yang mempunyai minat pada seni dan sejarah. 4 keping gambar di atas kami rakam dalam hujan yang lebat dan angin kuat. Kami hanya boleh gunakan kesempatan yang ada dengan 1 shutter 1 gambar. Tiada ulangan. Alhamdulillah selamat dan kami tak gagal.

————————
Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
syafirol@piiown.com

Turut dibantu oleh:
Ahmad Waqas & Norliana
Khairil Hairudin
Zainurin

tanya | inquirygallerykomen