Majlis bertandang adalah majlis keraian sambut menantu di sebelah pihak pengantin lelaki. Sebelum majlis ini berlansung, pasangan pengantin dah melalui beberapa fasa iaitu persediaan majlis di sebelah pihak perempuan, majlis akad nikah, majlis resepsi, sesi fotografi ‘outdoor’, malam pertama, dan persediaan majlis bertandang. Dari pengalaman saya sepanjang merakam gambar majlis kahwin, dalam majlis bertandang yang terlalu hampir dengan majlis resepsi sebelah perempuan, pengantin mula nampak lesu. Keletihan. Kasihan. Ada yang keletihan sampai dah letih nak senyum. Ada yang kata,” Dah seminggu saya dok senyum ni”
Senyum tu kan indah. Ada akibatnya dari keletihan dan kepenatan ini, majlis bertandang kelihatan tidak seinndah majlis resepsi sebelah perempuan. Memang ada yang mengadu, pengantinlah yang menguruskan semua dari a sampai z. Mana tak letihnya. Jika anda yang menguruskan dari alif ke ya insyaAllah nanti anda akan rasa kepuasannya dan ada jugalah sedikit rasa tidak puas hati. Tapi kepuasan akan mengatasi nya.
Apa yang boleh anda atasi masalah di atas adalah perancangan yang teliti. Merancang dari semua aspek termasuk masa kitaran datang bulan pengantin perempuan. Kenapa pulak kena mengena dengan kitaran datang bulan perempuan ? Bayangkan jika pengantin perempuan sedang tdang bulan sepanjang menguruskan majlis dan hari majlis. Mesti dia keletihan yang amat sangat dan anginnya ada masa sepoi2 bahasa dan boleh jadi ribut kencang. Dan kitaran ini juga bagus untuk merancang zuriat.
Anda juga perlukan pembantu (PA). Jangan nafikan yg ini. PA x semestinya ahli keluarga, lantiklah rakan baik atau teman sekerja yang mengenali keluarga anda. PA inilah yang akan membantu anda dan meringankan beban anda. Paling tidak pun dia tolong kipaskan anda yg sedang kepanasan. PA jugalah yang menguruskan memanggil ahli keluarga, mak ayah yang sedang sibuk melayan tetamu untuk menjemput keluarga besan, sesi makan beradap, sesi bergambar, sesi hai hai bai bai nak balik. Carilah PA ya.
Berbalik kepada Majlis Shafik & Alina. Pasangan yang nampak anggun dalam busana pengantin gold dan biru. Saya mmg suka dengan baju diorang. Rasa nak pinjam bawak balik. Tona baju diorang memberi keceriaan atau timbul dalam gambar. Tapi bila mereka masuk ke dalam lautan biru keluarga Shafik terus hilanglah. Sebabnya ahli keluarga Shafik mmg ramai dan semuanya biru. Patut minta Celcom adi penaja.
Hebat sedara mara Shafik ni. Meriah betul. Kalau Shafik dan Alina bertanding rancangan sehati berdansa gerenti pasukan sorak dioranglah yang paling hebat. Kompom gamat satu dewan. Sesi bergambar keluarga Shafik dan Alina mmg meriah sampai ada masa rasa macam tgh shoot dalam stadium pun ada. Sesi outdoor kami buat di Pekan Bagan Datoh. Pertama kali saya jejak kaki di pekan ni. Tepi laut rupanya. Hari terlalu panas dan Alina pun tak berapa sihat. Kami hanya shoot di depan kedai2 yang ada di situ memandangkan semua kedai tutup, Raya Cina. Saya dapat apa yg saya nak dan saya harap Shafik dan Alina berpuas hati dengan sesi yg ringkas tempoh hari.
Semoga jodoh Shafik dan Alina kekal berpanjangan dan sentiasa disinari dengan kebahagian dan putik2 cinta. (Tetiba plak mengayat ni. ) Semoga Allah sentiasa di sisi.
Jurugambar : Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
syafirol@piiown.com





















