Archive for April, 2010

Nabil 3rd year Birthday

April 21, 2010


















Seronok dan meriah bila rakam gambar kanak2. Memang seronok. Ini kira job kedua aku utk majlis ulang tahun atau birthday party.  Lokasi majlis di Restoran Hornbill di KL Bird Park @ Taman Burung Negara. Aku baru tahu yang KL Bird Park ada buat pakej birthday party. Siap dapat free 2 jam tour dalam taman burung. Memang menarik.

Kanak2 mmg seronok dipotretkan.Mereka jujur.Tak pandai nak menipu didepan kamera. Semuanya nampak natural. Tapi bukanlah mudah untuk rakamkan gambar kanak2 jika tak pandai nak mengambil hati mereka. Jurugambar perlu berkawan dan ramahkan diri dengan mereka. Kalau dah terlebih mesra pun susah juga. Adakala mereka terlalu aktif atau terlebih sehingga jurugambar tak boleh nak pegang kamera atau halakan kamera. Pandai-pandailah bila mereka dah hilang kawalan.

Ini sedikit tips untuk merakam gambar kanak2:

1.Untuk menarik perhatian mereka dan mendekatkan jarak mereka dengan anda, tunjukkan gambar mereka yang anda rakam dan pujilah seadanya.

2.Gunakan flash untuk menarik perhatian bayi atau kanak2 yang sedang asyik dengan sesuatu.

3. Beradalah dalam kelompok kanak2 yang sedang bermain. Join mereka bermain. Mereka akan selesa dengan anda selepas beberapa ketika.

4. Letakkan objek yang berwarna terang di atas lensa unuk menarik perhatian bayi.

5. Fokuskan tepat pada mata. Tak kisahlah bahagian lain kabur. Mata mereka akan menghidupkan gambar.

6. Pilihlah baju yang menarik perhatian mereka. Berwarna terang. Takyah lah nak baju skema2.

7. Gunakan ISO yg tinggi atau shutter yang laju.

8.  Lebih baik guna Burst Mode

InsyaAllah nanti saya akan cari tips yang lebih baik.

Ok Hepy besday to you Nabil. Semoga menjadi anak yang soleh dan menjalankan amanah Allah. InsyaAllah.

————————-

Lokasi : KL Bird Park
Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

dan

Fazli@Kenit Lee
http://www.facebook.com/kenit.lee

add me on facebook

Share on Facebook









Khatam Al-Quran atau dalam bahasa Melayunya, tamat baca Al-quran. Majlis khatam quran diadakan sebagai tanda kesyukuran serta mengiktiraf pembaca itu menghabiskan bacaan Al-Quran keseluruhannya. Biasanya dalam majlis khatam Quran, akan ada seorang quru, ustaz, atau ustazah dipanggil untuk menyemak bacaan anak-anak yang bakal khatam Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu, ada yang siap dengan pembesar suara sampai kadang2 si pembaca tu tersangkut membaca sebab malu bukan sebab tak tahu baca. Setelah tamat tuan guru tersebut akan membacakan doa khatam Al-Quran, menandakan si pembaca tersebut sudah diiktiraf tamat membaca Al-Quran. Dan macam biasa dengan adat Melayu, bunga telur atau saguhati akan dihadiahkan kepada tetamu selain jamuan makan. Lebih kurang macam konvo la.

Ada seorang ustaz muda yang belajar ilmu agama di Indonesia pernah menceritakan kepada saya tentang kebaikan khatam Quran. Orang yang berjaya menghabiskan bacaan Quran keseluruhannya akan dimakbulkan segala doanya dari pagi sampai ke malam pada hari berkenaan. Ceritanya, semasa di Pesantren ( pondok belajar agama di Indonesia ), semua pelajar akan diarah untuk membantu pelajar yang berjaya khatam Quran untuk basuh baju, kemas katil, seterika baju dan sebagainya  selama satu hari untuk mendapat berkat kepada pelajar berkenaan. Moga2 pelajar yang berjaya khatam Quran tadi turut mendoakan pelajar2 yang membantunya tadi. Selain itu juga untuk menggalakkan semua pelajar untuk sentiasa khatam quran. Bukan senang untuk doa kita dimakbulkan. Siapalah kita? Tapi Allah telah menjanjikan kepada kita, sama2 kita berusaha.

Khatam Al Quran bukanllah memberi kita lesen untuk menyimpan Al Quran di rak buku dan meninggalkan bacaannya. Dan bukan juga memberi lesen kepada kita untuk tidak lagi belajar ilmu Al Quran. Mereka yang dianugerah ilmu mengenai al-Quran hendaklah mengajarnya kepada mereka yang memerlukan. Kedua-dua golongan ini adalah orang yang terbaik di sisi Allah seperti sabda Nabi SAW bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari) . Belajar dan mengajar al-Quran bukan setakat belajar dan mengajar membacanya saja. Ia meliputi belajar dan mengajar maksud serta tafsiran ayatnya. Setelah kita lancar membaca Al quran, kita perlu belajar untuk memahaminya, mendalaminya serta mengamalkan apa yg terkandung di dalamnya.

Selain itu , Allah memuji mereka yang rajin membaca al-Quran dan menyediakan untuk mereka ganjaran besar.

Allah berfirman bermaksud: “Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (sudah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, ketika mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah daripada orang yang salih.” (Surah ali-Imran, ayat 113-114)

Dah lama saya tak mengarang. Sesekali saya selitkan ilmu2 di dalam blog ni x salahkan. Sama2 kita belajar. InsyaAllah. :)

—————————
Lokasi majlis : Sg Besar
Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com
ym: pikown

** Semoga Shah & Shima sentiasa berkasih dan dikasih Allah. Shima, jangan terasa diri terlalu kecil.. shah ada. :)

add me on facebook

Share on Facebook

Akad Nikah Shah & Shima

April 14, 2010

















Tajuk : Akad Nikah Shah & Shima & Outdoor
Lokasi : Sg Besar Selangor

Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com
ym: pikown

** Semoga Shah & Shima sentiasa berkasih dan dikasih Allah. Shima, jangan terasa diri terlalu kecil.. shah ada. :)

add me on facebook

Share on Facebook

Resepsi Along & Lela

April 7, 2010


















Tajuk : Resepsi dan Outdoor Along dan Lela
Lokasi : Putrajaya, Malaysia

Jurugambar :
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

add me on facebook

Share on Facebook