
Gambar : Dari Tanah Rata, Cameron Highland
Mencuri masa untuk mengemaskini blog. Byk gambar sebenarnya nak dikongsikan promosi diri sendiri . Sedang mengutamakan menyiap album dan menyiapkan plan2 baru. Saya terfikir untuk berkongsi atau suarakan pandangan mengenai pakaian pengantin.
Kepada bakal2 pengantin di luar sana, berfikirlah dengan tenang dan baik dalam memilih pakaian di hari persandingan atau akad nikah anda. Kenapa ya ? Pakaian pengantin akan menjadi salah satu faktor gangguan kepada emosi pengantin. Rasa tak selesa, panas, terkongkong, dan sebagainya.
Untuk majlis akad nikah yang dilangsungkan di dalam masjid, silalah mengambil kira tentang aurat. Bahagian belakang pengantin perempuan selalunya menjadi masalah terutama jika bajunya pendek atau cukup2 di paras pinggang ke pinggul sikit. Apabila pengantin perempuan tunduk untuk bersalam-salam dengan sanak saudara, bahagian belakangnya akan nampak. Tangan mulalah asyik nak tarik2 baju di bahagian belakang. Ada pelanggan2 yang minta saya untuk tidak masukkan gambar2 demikian dalam albumnya. Sayangkan bila ada beberapa bahagian cerita terpaksa ditapis hanya akibat dari salah memilih pakaian. Itu belum lagi buah mulut orang yang hadir dalam majlis berkenaan. Kalau diperkatakan tentang dia tak palah lagi tapi bila dikaitkan dengan mak dan ayah sedihlah juga. Jadi berhati2 lah dalam pemilihan baju.
Gangguan emosi yang saya maksudkan selalu berlaku :
1.Bila pakaian yang dipilih sebenarnya tangkap muat sebab lambat berurusan dengan butik. Warna tema dah lari. Emosi akan terganggu sedikit hanya kerana warna tema. Warna tema majlis pink tapi baju pengantin dah jadi merah. Bolehla.
2. Salah fitting. Bila sampai masa untuk pakai baju, sempitlah pulak. Bila nak duduk di pelamin mulalah tidak selesa. Muka akan banyak berkerut bila diri tak selesa. Senyum mulalah tak ikhlas. Dalam hati nak marahkan butik ja. fire fire.
3. Baju songket yang panas. kalau majlis di tengahari atau akan melibatkan berarak di tengah2 matahari terik saya cadangkan x payahlah nak berpakaian songket. Panas. Berpeluh-peluh. Ada yang nak pitam pun ada. Cantik memanglah cantik tapi fikirkanlah juga tentang keselesaan.
Seperkara lagi yang saya nampak, warna baju pengantin sama dengan warna pelamin atau sama dengan semua ahli keluarga dan pekerja2 majlis. Dalam gambar nampak tak berapa cantik. Tiada penegasan atau kontra warna. Biarlah warna baju pengantin kontra atau lebih menyerlah dari warna pelamin dan ahli2 keluarga lain supaya dalam gambar nanti orang takkan tercari2 mana satu pengantin.
Kepada semua bakal pengantin, selamat membuat persiapan perkahwinan dan berhati2lah dalam memilih baju supaya emosi tak terganggu di hari majlis. Cantik dan selesa.
*** Gambar di atas tiada kena mengena dengan artikel ini.
________________
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

Share on Facebook