Inilah kali pertama saya shoot outdoor pada waktu malam untuk pelanggan. Bagi saya, bukanlah senang untuk seseorang jurugambar yang cetek pengalaman untuk merakamkan gambar pada waktu malam. Pengalaman akan mempercepatkan anda berfikir dan ilmu mempermudahkan keputusan yang korang buat untuk setiap setting kamera dan cahaya. Pemilihan lokasi untuk menampakkan suasana malam dan mempermudahkan kerja2 korang juga penting.
Dalam situasi inilah penggunaan ‘portable flash’ amat bermakna. Untuk gambar2 di atas semuanya saya menggunakan ‘one light setting’.
Kepada pasangan yang berminat untuk merakamkan gambar ‘night outdoor’ , saya nasihatkan supaya carilah jurumekap atau mak andam yang pandai menyesuaikan wajah anda untuk malam hari. X sama makeup utk siang dan malam. Rasanya kaum perempuan lebih arif. Carilah jurugambar yang tahu apa yang dia buat, bukan tangkap muat kerana murah. Dan satu lagi, eloklah waktu rakaman gambar dijalankan selepas maghrib. Jangka hayat maghrib tu pendek. Takut tersasar.
Wassalam.
Tajuk : Ain dan Amirul di Putrajaya
Lokasi : Putrajaya
Jurugambar :
Syafirol Hafiz Arsad ( piiown )
0192834356
syafirol@piiown.com







Salam otai, mesti susah sikit kan nak main ngan cahaya ni kan?? Tapi gambar bro mantap la. Satu inovasi baru….sejuk mata tengok gambar2 belah mlm ni….
cayalah sifooo..: ) memang terbaiklah even gambar memalam..nasib ada fast lens membantu..memang setuju tang make-up tu..sebab makeup makan dan siang berbeza..er lagi satu kalau sifoo kalau 5Damrk2 tu mesti lagi best sebab boleh boost iso sampai 12000 tapi gambar masih cantik,hehe
Acaii – Sifuu.. hanya iso 800 yg terbaek buat masa ni.. drop shutter utk mix ambiance. guna apa yg ada sepenunya.
awe – bukan ja sejuk mata. masa ambik gambar tu pun sejuk.. x panas..