D’Muara Marine Park, Persisiran Pantai Sg Haji Dorani, Sg. Besar Selangor

do7do1do2do8do3do5
Hari Sabtu lepas destinasi asal saya sepatutnya Bentong, Pahang. Tapi lepas ‘menyerok’ (sarapan) saya baca mesej dari bekas teman serumah (kuyu) semasa di Skudai dan di Kinrara, jemput ke kenduri cukur kepala anaknya di Simpang Lima Sg. Besar. Ni memang tempat feberet. Isteri saya pun suka ke sana. Saya terus call D’Muara Marine Park, Sg Haji Dorani untuk tempah chalet. Saya mmg suka ke resort ni sejak kali pertama menginap masa si Kuyu ni kahwin. Dari sawah ke sungai dan terus ke pantai. Itu yang menariknya. Pemandangan di waktu petangnya mmg best dengan ’sunset’ dan perahu2 nelayan pulang petang. Tak sempat pulak snap pemandangan perahu2 nelayan pulang petang sebab kali ni tak dapat menginap di chalet yang mengadap laut. Penuh. Kalau di sebalah pagi pulak yang bestnya, pemandangan makcik2, pakcik2 dan anak2 mencari mentarang ( sejenis siput laut ) dan kerang di bawah2 chalet dan di sekitar pesisiran pantai yang berselut hitam. Nak je saya terjun sekali duduk sebelah makcik yang tengah mengorek2 selut mencari rezeki utk dijual di tepi2 jalan. Simpan dulu. Lain kali. Kalau ada sesiapa nak join boleh la nanti.

Cerita sikit pasal gambar di atas. Gambar no 1 tu gambar saya dengan Maryam. Gambar ni memang saya dah plan selepas dapat mesej dari Kuyu. dah terbayang dalam kepala. Dah lama mengidam gambar ni tapi tak dapat tepat sgt sebab Maryam takut angin laut yang kuat, dia tak nak naikkan tangan, layu ja. apapun terima kasih kepada mama yang shoot gambar ni. Cantikkan mama shoot.

Gambar yang dibawah sekali tu. Itulah Chalet di atas air D’Muara Marine Park, Sg Haji Dorani. Harganya kalau weekend Rm150 dan kalau weekday RM130. Itu harga untu chalet yang mengadap laut. Kalau mengadap kampung murah Rm20.

Banyak gambar sunset tapi nantilah saya up di Flickr. SubhannAllah, indahnya ciptaan Allah. InsyaAllah esok lusa saya ke sana lagi.

oleh:   Syafirol Hafiz Arsad
independent photographer

4 Responses to “Sepetang di Sg. Haji Dorani”

  1. Acaii says:

    pergghhh terbaik sifoo..:) aku suka gila lah PP HDR ko ni wan..
    waaa, aku tak taupun ada Chalet kat situ..akupun ada kat sana weekend tu..
    2 hari lagi tu..tido kat sabak bernam sebab umh pengantin kat sana..:)
    kalau tau ada kat sana bleh calling2 ajak shoot sesama,hehe..

  2. piiown says:

    tq.. aku pun 2 hari kat sana. itulah kalau tau boleh aku belajar2 dari hg.

  3. SyuQ says:

    waahhh

    terujanya. cantik gambar

  4. piiown says:

    Syuq – thanks

Leave a Reply