a storyframe

August 6, 2009

‘a storyframe’

Untuk tempahan pakej baru kami akan memperkenalkan produk yang kami namakan ‘a storyframe’. ‘a storyframe’ adalah sebuah bingkai gambar yang mengandungi  lebih dari 6 keping gambar yang mempunyai jujukan cerita disebaliknya. ‘A storyframe’ akan memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu peristiwa yang digambarkan. Sedara-sedari boleh membuat pilihan warna kayu dan bentuk susunan gambar berdasarkan katalog yang akan disediakan nanti.

Saya terfikir untuk mengolah bingkai dan menjadikan salah satu produk percuma dalam salah satu pakej yang akan diumumkan nanti kerana ramai diantara pasangan yg akan berkahwin akan memulakan hidup baru dan akan berpindah ke rumah baru baik rumah sewa atau beli. Ramai pasangan akan mula berfikir untuk mendekorasi rumah seawal perkahwinan malah sebelum kahwin pun dah bincang2 pasal rumah. Nak cat warna itu dan ini. Nak letak sofa itu dan ini. Jadi saya ambil kesempatan untuk memberi produk bernama ‘a storyframe’ untuk menambah ceria dengan cerita di dinding rumah baru anda berdua. Semoga rumah bahagia anda akan bertambah ceria dan berwarna.

InsyaAllah bulan depan saya akan up detail dan pakej yang mengandungi ‘a story frame’ dan katalognya.

astoryframe
Sample ‘a storyframe’ dengan 9 gambar bentuk empat segi tepat.

singlepic
Bingkai dengan sekeping gambar dapat menceritakan tentang sesuatu peristiwa tetapi dengan ‘a storyframe’ di bawah mampu memberi gambaran cerita yang lebih luas tentang peristiwa di atas.

template1

One Response to “a storyframe”

  1. juehanita says:

    very brilliant idea piiown…!!!

    very nice story frame!!!!…

Leave a Reply