Kau yang bernama Cinta

July 19, 2010

Tajuk : Kau yang bernama Cinta
Majlis : Majlis Bertandang Hafiz & Fiza
Lokasi : Bandar Tun Razak, Cheras

Nota :  Kenapa tajuk nya macam tu ? Lirik yang berbunyi ‘Kau yang bernama Cinta’ terbuai-buai dalam kepala semasa majlis mereka. DJ di majlis mereka memutarkan lagu berkenaan lebh dari 3 kali rasanya. Apapun lagu2 yang diputarkan sepanjang majlis mereka mmg indah2 dah sering memberi ilham semasa mengambil gambar. Terasa damai pun ada. Tahniah buat Hafidz dan Hafizah. Nanti saya up versi yang penuh.

_________________
Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

add me on facebook

Hijau dan Putih

July 15, 2010


Tajuk : Hijau dan Putih
Majlis : Akad Nikah Hafiz & Fiza
Lokasi : Bandar Baru Bangi

Nota :  Kontra warna dan penggunaan ruang yang bersih atau kosong akan membawa mata ke subjek tanpa disuruh.

_________________
Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

add me on facebook

Dari Jendela Kecil

July 11, 2010

Tajuk : Dari Jendela Kecil
Majlis : Akad Nikah Hafiz & Fiza
Lokasi : Bandar Baru Bangi

Nota : High Key…  Cahaya yang melampau..

_________________
Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

add me on facebook



Salam semua. Semakin hari semakin sibuk, rasa semakin menjarakkan masa untuk memuat naikkan gambar. InsyaAllah nanti2 saya akan memuat naik gambar2 beberapa majlis yang berlaku sepanjang 2 bulan ni. Berkenaan gambar di atas, itu adalah gambar ‘Post Wedding Photo’ atau dalam bahasanya Sesi bergambar selepas kahwin, saya ringkaskan dengan PWP. Gambar di rakam di Kuala Ibai, Terengganu. 2 hari kami menunggu untuk mendapatkan cuaca yang baik dan langit yang biru serta awan yang dikira menarik. Terengganu adalah satu ciptaan Allah yang menarik. Pagi2nya memang wahlah menarik. Langitnya biru, awannya berkepul2 macam kapas. Kalau nak dapatkan gambar yang cantik silalah bangun atau mulakan kerja anda sebelum jam 10 pagi.

Saya cadangkan beberapa subjek menarik apabila bergambar di tepi pantai:

1. Dapatkan horizontal line atau cahaya di ufuk atau kaki langit. (saya x dapat haritu, awan tebal)
2. Dapatkan 3 layer atau 3 perbezaan tona warna dari pasir, laut dan langit.
3. Dapatkan reflek atau biasan cahaya matahari seperti gambar 1 di atas.
4. Dapatkan bayang subjek di pasir yang pastinya akan memanjang sebab matahari sedang naik.
5. Dapatkan 1/3 gambar subjek dengan matahari naik.
6. Dapatkan sudut pandangan dari mata semut (low angle) dari subjek ke langit utk menampakkan langit dan awan pagi.
7. Diantara jam 8.30 ke jam 10 pagi akan ada satu masa langit biru yang kosong. Gunakan sebagai latarbelakang. Ini menarik untuk buat extra vivid ( tona warga garang) seperti gambar di bawah.

blue


** 2 gambar teratas melalui proses editing. Tambahan tona warna efek Agfa dan 20% warna hijau coklat dilakukan pada foto. Sedikit efek vignetting untuk sikit dark framing.

** 2 gambar duduk di pasir nampak tona warnanya garang. Menggunakan lampu denyar di tepi kiri dan cahaya matahari utama dari depan. Hanya naikkan sedikit saturation utk editing.

** 2 gambar paling bawah adalah untuk menampakkan kepulan awan dan subjek. Subjek masih lagi tidak terabai dari pandangan mata.

*** Terima kasih kepada orang Terengganu yang menjemput makan di rumah, belanja makan nasi dagang dan juga orang Gambang, maaf malam2 baru sampai. Makan semua sedap-sedap.

_________________
Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

add me on facebook