















Apa guna jurugambar dalam majlis perkahwinan anda? Anda nakkan jurugambar tu rakamkan gambar apa ? Atau anda boleh cakap, ” Pandai2 lah dia, i dah bayar dia untuk jadi jurugambar, pandailah dia ambil gambar.” Tak semua jurugambar sama. Ada jurugambar yang komited dengan kerjanya, ada yang sekadar cari duit tambahan ( ala2 kadar cukuplah dia pun bukannya bayar mahal sangat.), ada yang sekadar hobi suka2 ja, ada yang jujur dengan kerjanya sampai pengsan tak makan semasa majlis. Macam2 jenis ada.
Jurugambar yang baru menceburkan diri dalam majlis perkahwinan pasti akan terkial2 mencari gambar apa yang perlu dirakam atau semuanya dia nak rakam sampai beribu2 gambar untuk satu majlis. Proses pembelajaran.
Yang ‘pro’ sangat pula, “Saya hanya akan bagi 150 keping sahaja gambar. Nak sign kontrak ?”.
Ada jurugambar yang hanya rakamkan gambar pengantin sahaja. Dalam album haya ada gambar pengantin. Tidak ada suasana majlis. Tidak ada memori majlis atau keindahan majlis. Suka duka majlis.
Ada jurugambar yang tidak gemar rakamkan gambar aksi2 atau posing2 di pelamin atau bilik pengantin.
Ada yang albumnya dipenuhi gambar ‘outdoor’ melebihi majlis yang berlangsung.
So, apa yang perlu untuk sesebuah perkahwinan ? Ini cadangan saya:
1. Persiapan perkahwinan. Diri anda sendiri dan orang tulang belakang majlis anda.
- persiapan sebelum perkahwinan termasuklah persiapan menyiapkan hantaran, kawasan majlis perkahwinan, make up pengantin, majlis raptai (jika ada), berinai,
- dalam persiapan ini akan ada suka, tawa dan mungkin marah, kecewa; semua ini akan menjadi diantara memori terindah untuk anda nanti. Anda akan kenangkan siapa yang buat bunga manggar aku, siapa yang ikatkan kasut aku, siapa yang jatuhkan itu dan ini, perkataan ’siapa’ tu lah yang akan membuat anda membuka balik album tak kisahlah digital atau printed.
2. Detail. Apa yang dihasilkan atau disediakan untuk majlis seperti bunga telur, door gift, cincin, hantaran
3. Ahli keluarga dan rakan2. Apa aktiviti mereka? Ibu bapa, pengantin, saudara melayan kawan2 yang dah lama tak jumpa. Peluk cium tangis mereka dengan kawan2 atau sedara lama yang jauh atau lama tidak berjumpa.
4. Momen nikah. Bagaimana debaran, kegembiran, terharu, tangis, suka pengantin, ibu bapa, penjaga dan sedara. Di sinilah anda akan dapat menilai seseorang jurugambar itu beraksi. Bagaimana dia nak menyelami majlis untuk merakamkan kesemua perasaan itu. Pernahkah anda melihat jurugambar sama2 menitiskan air mata atau cukuplah sekadar bergenang air mata bersama2 di majlis akad nikah. Haha.
5….. InyaAllah nanti saya akan sambung..
Jurugambar:













