Posts Tagged ‘Malay wedding’

Hafidz & Hafizah Nikah

August 28, 2010













Lokasi : Bandar Baru Bangi & Putrajaya
Jurugambar :
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

** Maaf, tidak berapa berkesempatan untuk mengupdate blog. InsyaAllah pelan2. Selamat berpuasa dan selamat membuat persiapan hari raya dan untuk yang nak mendirikan rumahtangga selepas raya, selamat membuat persiapan perkahwinan. Jangan membazir dan jangan juga terlalu berkira.

Berlangsung dengan meriah dan merah di Dewan Merak Kayangan Kuala Lumpur. Layan gambar dulu,















Terima kasih kepada Aliff dan Melissa kerana memberi kepercayaan untuk cover kesemua majlis mereka. Dari majlis bertunang sampailah ke majlis bertandang yang berlansung di Cameron Highland. Dari kepercayaan itu saya semakin berkeyakinan untuk mencipta lebih banyak idea dan gambar2 yang lebih natural, menarik, kreatif dan berjiwa.Harus berusaha mempertingkatkan ilmu dan keyakinan diri.

Tahniah kepada Aliff dan Melissa serta keluarga di atas penyatuan dua insan dan dua keluarga. Semoga kasih mereka seindah kasih2 yang tercipta dalam Al-Quran. Amin.. Aminlah..

—————–
Jurugambar :
Syafirol Hafiz Arsad
019 2834356
syafirol@piiown.com

dibantu oleh : Ahmad Waqas & Fazli ( Kenit Lee )

serta Aliff & Melissa Sekeluarga.

add me on facebook

Shafik & Alina

February 23, 2010
















Lokasi : Bagan Datoh, Perak.

Majlis bertandang adalah majlis keraian sambut menantu di sebelah pihak pengantin lelaki. Sebelum majlis ini berlansung, pasangan pengantin dah melalui beberapa fasa iaitu persediaan majlis di sebelah pihak perempuan, majlis akad nikah, majlis resepsi, sesi fotografi ‘outdoor’, malam pertama, dan persediaan majlis bertandang. Dari pengalaman saya sepanjang merakam gambar majlis kahwin, dalam majlis bertandang yang terlalu hampir dengan majlis resepsi sebelah perempuan, pengantin mula nampak lesu. Keletihan. Kasihan. Ada yang keletihan sampai dah letih nak senyum. Ada yang kata,” Dah seminggu saya dok senyum ni” :) Senyum tu kan indah. Ada akibatnya dari keletihan dan kepenatan ini, majlis bertandang kelihatan tidak seinndah majlis resepsi sebelah perempuan. Memang ada yang mengadu, pengantinlah yang menguruskan semua dari a sampai z. Mana tak letihnya. Jika anda yang menguruskan dari alif ke ya insyaAllah nanti anda akan rasa kepuasannya dan ada jugalah sedikit rasa tidak puas hati. Tapi kepuasan akan mengatasi nya.

Apa yang boleh anda atasi masalah di atas adalah perancangan yang teliti. Merancang dari semua aspek termasuk masa kitaran datang bulan pengantin perempuan. Kenapa pulak kena mengena dengan kitaran datang bulan perempuan ? Bayangkan jika pengantin perempuan sedang tdang bulan sepanjang menguruskan majlis dan hari majlis. Mesti dia keletihan yang amat sangat dan anginnya ada masa sepoi2 bahasa dan boleh jadi ribut kencang. Dan kitaran ini juga bagus untuk merancang zuriat.

Anda juga perlukan pembantu (PA). Jangan nafikan yg ini. PA x semestinya ahli keluarga, lantiklah rakan baik atau teman sekerja yang mengenali keluarga anda. PA inilah yang akan membantu anda dan meringankan beban anda. Paling tidak pun dia tolong kipaskan anda yg sedang kepanasan. PA jugalah yang menguruskan memanggil ahli keluarga, mak ayah yang sedang sibuk melayan tetamu untuk menjemput keluarga besan, sesi makan beradap, sesi bergambar, sesi hai hai bai bai nak balik. Carilah PA ya.

Berbalik kepada Majlis Shafik & Alina. Pasangan yang nampak anggun dalam busana pengantin gold dan biru. Saya mmg suka dengan baju diorang. Rasa nak pinjam bawak balik. Tona baju diorang memberi keceriaan atau timbul dalam gambar. Tapi bila mereka masuk ke dalam lautan biru keluarga Shafik terus hilanglah. Sebabnya ahli keluarga Shafik mmg ramai dan semuanya biru. Patut minta Celcom adi penaja. :) Hebat sedara mara Shafik ni. Meriah betul. Kalau Shafik dan Alina bertanding rancangan sehati berdansa gerenti pasukan sorak dioranglah yang paling hebat. Kompom gamat satu dewan. Sesi bergambar keluarga Shafik dan Alina mmg meriah sampai ada masa rasa macam tgh shoot dalam stadium pun ada. Sesi outdoor kami buat di Pekan Bagan Datoh. Pertama kali saya jejak kaki di pekan ni. Tepi laut rupanya. Hari terlalu panas dan Alina pun tak berapa sihat. Kami hanya shoot di depan kedai2 yang ada di situ memandangkan semua kedai tutup, Raya Cina. Saya dapat apa yg saya nak dan saya harap Shafik dan Alina berpuas hati dengan sesi yg ringkas tempoh hari.

Semoga jodoh Shafik dan Alina kekal berpanjangan dan sentiasa disinari dengan kebahagian dan putik2 cinta. (Tetiba plak mengayat ni. ) Semoga Allah sentiasa di sisi.

Jurugambar : Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
syafirol@piiown.com

Izamuddin & Juehanita

January 1, 2010

bannerwaitingietaakadreadyselesaisiap027902810274675402890290028702860276023702430253

Lokasi : Ruat, Yan Kedah
Majlis : Akad Nikah dan Persandingan.

Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
019 283 4356
syafirol@piiown.com

tanya | inquirygallerykomen