Posts Tagged ‘wedding album’

Gambar2 di bawah adalah contoh jenis album Photobook yang termasuk dalam 95% pakej wedding photography yang saya sediakan.












Album size : 15 inch x 11.5 inch ( lebh kurang A3 size )
Mukasurat :40 halaman
Cover dan slipcase : Leather / Bulkram / Linen

Anda boleh buat temujanji dengan saya untuk melihat dan merasa album atau boleh datang ke galeri/studio saya di Nilai 1.

———–
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

Share on Facebook

Kau yang bernama Cinta

July 19, 2010

Tajuk : Kau yang bernama Cinta
Majlis : Majlis Bertandang Hafiz & Fiza
Lokasi : Bandar Tun Razak, Cheras

Nota :  Kenapa tajuk nya macam tu ? Lirik yang berbunyi ‘Kau yang bernama Cinta’ terbuai-buai dalam kepala semasa majlis mereka. DJ di majlis mereka memutarkan lagu berkenaan lebh dari 3 kali rasanya. Apapun lagu2 yang diputarkan sepanjang majlis mereka mmg indah2 dah sering memberi ilham semasa mengambil gambar. Terasa damai pun ada. Tahniah buat Hafidz dan Hafizah. Nanti saya up versi yang penuh.

_________________
Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad
0192834356
syafirol@piiown.com

add me on facebook

Share on Facebook

Resepsi Zharif & Eliya

October 20, 2009

Majlis Resepsi Zharif dan Eliya berlangsung di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK Shah Alam Selangor. Gambar2 yang saya kongsi di bawah adalah sebahagian dari gambar yang saya pilih untuk dimuatkan dalam album. 3 Gambar pertama tu dalam bilik menunggu VIP. Cantikkan dalam tuh. Di sinilah tempat pasangan ni bersiap. Saya x join untuk sesi makeup. Saya masuk setelah sesi makeup selesai. Kepada sesiapa yang bakal menerima saya sebagi jurufoto hari perkahwinan nanti, untuk sesi makeup maklumkan kepada saya semasa kita berjumpa atau berbincang sebelum majlis berlangsung. Ramai yang mahukan sesi ini dirakam tetapi ada batasnya juga bagi yang bertudung. Ada caranya dan masanya untuk kita rakamkan sesi ini. Bagitau saya dan kita akan rancangkan dengan baik. InsyaAllah.

Kalau pembaca semua perasaan, gambar2 di bawah ada yang diedit atau ditambah dengan beberapa elemen seperti over brightess ( ada macam efek putih2 atau cerah ), noise ( gambar macam ada dot dot halus ), burn ( kuning gelap pekat terbakar ), blend sefia (sebahagian gambar jadi cokelat muda). Kenapa saya perlu buat sedemikian ? Saya cuba variasikan warna gambar supaya tidak kelihatan sama dan membosakan jika disusun dalam satu muka (halaman ) album. Cuba pembaca bayangkan majlis yang pelaminnya putih dan pengantinya memakai baju merah dan ahli keluarga nya juga baju merah dan barang hantaran semua merah, jika 20 keping gambar diletakkan dalam satu muka album mesti nampak merah saja. Mood org yang melihat pasti tidak tercuit. Tetapi ada juga yg suka. Amboi merahnya. Saya cuba hasilkan album utk pelanggan saya yg mampu mencuit hati setiap org yang melihatnya. InsyaAllah. Tetapi perlu diingatkan juga kepada yang menghasilkan album, janganlah terlalu over mengedit atau menambah elemen ke dalam gambar. Sekadar perlu.

Makeupready1 2 3naik tanggajapwalkkanak2doa nenekibuayahnekmakan-makandimeja makan2bw345

Dan gambar terakhir untuk siri Zharif & Eliya, saya cuba melebihkan ambient light atau cahaya sebenar dari belakang pengantin dan saya kenakan cahaya lampu denyar secara terus kepada mereka untuk menampakkan paras rupa. x nak jadi silhouette ( pengantin jadi gelap).

6

Tahniah sekali lagi buat Zharif dan Eliya. Saya mohon maaf jika ada kekurangan atau sebagainya sepanjang kerja saya. Terima kasih atas kerjasama.

————————————–

Jurufoto:
Syafirol Hafiz Arsad
019 2834356
syafirol@piiown.com

Turut dibantu oleh:
Zharif  & Eliya
Keluarga Zharif & Eliya

Share on Facebook

Zharif Teng & Eliya

October 6, 2009

so dark
Sebulan lebih sunyi tanpa wedding. Last weekend penuh sepanjang hari dan malam. Saya hampir lelap semasa memandu kereta balik dari wedding kedua mempelai di atas. Terasa penat sangat. Cover majlis seorang diri dalam dewan memang memenatkan. Penat tapi tetap mendapat kepuasan.
Merujuk gambar di atas, sesiapa yang follow perkembangan saya mesti x pernah tengok saya buat editing seperti di atas dalam gambar2 sebelum ni. Saya sedang membuat perubahan dan cuba memberi pembaharuan kepada setiap album baru. InsyaAllah. So Zharif dan Eliya, sabar ya tunggu album korang siap.

Syafirol Hafiz Arsad
019 2834356
admin@piiown.com

Share on Facebook