Posts Tagged ‘wedding photography package’

Bateri kereta

February 17, 2010

Tajuk : Sebelum ke Majlis Bertandang Shafik & Alina
Lokasi : Teluk Intan, Perak
Jurugambar : Syafirol Hafiz Arsad

Kali pertama saya ke Teluk Intan yang dulunya dikenali sebagai Teluk Anson dan saya rasa saya dah pusing ke semua lorong2 yang ada di bandar Teluk Intan sepanjang 2 jam  awal pagi Ahad lepas.  Nak jadi dugaan, saya tak boleh nak start kereta, bateri dah tamat hayat. Dari Hotel Anson saya berjalan kaki cari bengkel atau kedai yang ada jual bateri kereta. Kalau bateri 3A atau bateri torchlight senang la nak cari. Pagi Ahad dan cuti raya Cina pulak tuh. Semua bengkel dan kedai tutup. Dah penat berjalan saya cari teksi, ajak lah abang teksi tuh pusing2 Teluk Intan cari kedai. Kebetulan pagi2 ni, cina2 yang alim2 sikit diorang sembahyang di kedai. Jumpalah satu kedai yang memang jual bateri. Kedai ni pun tutup. Nasib tauke dia nak sembahyang. Ketuk sajalah pintu dan siapa yang nak tolak rezekikan. Dapat juga beli bateri. Inilah masalah kalau x membuat persediaan awal sebelum berjalan jauh. Bateri kering ni kena kira hayat dia. Kalau bateri yang pakai air tu kita kena jaga air dan dapatlah agak bila nak tukar bateri. Bateri yang no maintenance ni, kita dah tak payah nak tengok2 so bila dah sampai hayat dia mati macam tu ja. Kira2 lah dah berapa jangka hayat bateri kereta korang.

Tentang gambar di atas tu nanti saya cerita kemudian. Shafik yang iras2 Farid Kamil tu mmg ada gaya model. Tinggi lampai.

Promosi

February 1, 2010

Macam tahun lepas. Tempahan 1-8 Februari pasti ada promosi. Diskaun sempena ulangtahun kelahiran saya sendiri. Tahun ni tahun ke 29 saya menjadi penghuni bumi Allah ini. Syukur kerana saya masih diberi peluang untuk menikmati nikmat sehingga hari ini. Diumur 29 tahun saya telah dikurniakan 2 orang anak yg comel2, Yusuf dan Maryam. Alhamdulillah bulan ini juga saya dan keluarga berpindah menetap dirumah sendiri. Dan insyaAllah tahun ini adalah tahun yg paling mencabar dan menarik jika diizinkan Allah.

Harga RM1278 yang saya tawarkan hanya sah untuk tempahan yg dibuat diantara 1 – 8 Feb 2010 sahaja. Hanya yg membayar booking layak menerima harga berkenaan. Jadi ambillah peluang. Tarikh2 diantara bulan Februari hingga June 2010 dah tak banyak tapi masih ada kekosongan. jika berminat bolehlah isi borang pertanyaan dan tunggu jawapan dari saya.

promosi29

IMG_8396meb1sampinpermaisurik1k2m1s1j1d1m1b3c1c2c3

Ini adalah tugasan pertama untuk tahun 2010. Yang pertama. InsyaAllah ada yang kedua dan berikutnya. Tahniah buat Tarena dan Adli. Semoga hari2 esok adalah hari2 bahagia buat korang. Semoga cepat menimang cahaya mata. Tarena dah ready dah.

Lokasi : Kelab Golf Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan

Jurugambar :
Syafirol Hafiz Arsad
syafirol@piiown.com
019 283 4356
Turut dibantu oleh:

Jurugambar : Ahmad Waqas
Jurugambar : Fazli a.k.a kenit lee
Khairil Sarudin
Tarina dan Adli serta keluarga

tanya | inquirygallerykomen